Saturday, August 27, 2011

Athalia Secret Trading Strategy

http://www.forexindo.com/forum/analisa-teknikal/8209-athalia-secret-strategy.html


'Trading Strategy' ini diambil dari link di atas. Saya telah mencuba teknik ini dan ianya efektif,
mudah dan carta tidak terlalu berserabut dengan indicators.

Anda boleh cuba keberkesanannya, mungkin pada akaun demo terlebih dahulu sebelum anda
mendapat keserasian menggunakannya di 'Real Account'.

Selamat Mencuba.

Sheikh Forex






A. Kombinasi 3 Time Frame
1. Daily (D1) - Long term Trend
2. H4 - Medium term Trend
3. H1 - Short term Trend

B. Indicators:
1. Daily (D1)
i.  Moving Average > exponential > periode 20 > apply to 'close' > shift '0' -  (red)
ii. Moving Average > exponential > period 21 > apply to 'open' > shift '0' - (blue)
iii.Moving Average > simple > periode 2 > apply to 'high' > shift '1' - (white)
iv.Moving Average > simple > periode 2 > apply to 'low' > shift '1' - (white)
v. RSI > periode 21

Cara 'setting indicators pada Carta TF 'D1'  adalah seperti berikut:

Langkah #1
Setting RSI 21 pada Carta TF 'D1'


Klik:  Butang Indicator > Custom > Scroll down > pilih RSI


Klik kotak 'Value' dua kali dan tukarkan kepada 21, kemudian klik 'OK'....akan terbentuk RSI 21
dibawah carta:


Langlah #2
'Setting MA 20 & MA 21 :


Klik butang Indicator > Moving Everage dan tukarkan parameter dalam kotak-kotak berkenaan,
kemudian klik 'OK'........maka akan terbentuk GARISAN MERAH MA20 seperti berikut:


Lakukan sekali lagi untuk GARISAN BIRU MA 21 seperti berikut:


Langkah #3
Kemudian 'Setting Trend Channel' - Langkah yang sama:
Klik Butang Indicator > Moving Average > tukarkan parameter-parameter di kotak-kotak berkenaan
seperti berikut...


Mula-mula set kan MA>Simple>periode 2>apply to 'High' > shift '1' - putih > 'OK'
Kemudian lakukan sekali lagi & hanya tukarkan 'High' ke 'Low' sahaja & klik 'OK


Langkah #4
Ulangi Langkah #2 dan #3 pada TF H4 & H1 dan indicator dibawah carta menggunakan MACD.
Cara meletakkan MACD adalah seperti berikut:


Klik: Butang 'Navigator' >Klik Custom Indicator> Pilih MACD True & Klik 2 kali > Klik 'OK'




Proses 'Setting Indicators' selesai.


C. 'Trading Strategy' 
Uptrend & Downtrend (semua timeframe sama)
1. Uptrend bilamana candlesticks terbentuk di atas silangan MA '20' & MA '21'
2. Downtrend bilamana candlesticks terbentuk di bawah silangan MA '20' & MA '21'

Entry & Exit  Rules
a) BUY/LONG
1. buy/long: bila candle terbentuk di atas trendline channel putih 'atas' (MA '2') dan
    candlesticks  terbentuk di atas silangan MA '20' & MA '21'
2. MACD pada arah menaik
3. Close order (TP) bila bear (red) candle mula terbentuk di dalam trend channel (2 line putih)

b) SELL/SHORT
1. sell/short : bila candle terbentuk di bawah trendline channel putih 'bawah' dan candlesticks
    terbentuk di bawah silangan MA'20' & MA '21'
2. MACD pada arah menurun
3. Close order (TP) bila bull (hijau) candle mula terbentuk di luar trend channel putih 'atas'

Sunday, August 21, 2011

Fibonacci - Teknik Penggunaan
oleh Sheikh Forex Al-Monterez



1.0 Pendahuluan
Pedagang-pedagang  profesional   mengutamakan  penggunaan  Fibonacci 
'Retracement   Level' (Paras-paras   kebalikan) &  Fibonacci  'Extension 
Levels'  sebagai    panduan   untuk   anggaran kenaikan,  penurunan, 
kebalikan     pergerakan   paras   harga    pada    carta    dagangan     forex. 
Dengan  itu    mereka   mewajibkan   diri   mereka   menggunakan  Fibonacci   
setiap   kali    untuk berdagang,  sebagai  salah  satu  alat  untuk  membaca
pergerakan  harga dan dalam masa  yang sama   menggurangkan   risiko  
kesilapan   membuka  posisi  harga (order)  samada  ketika   julat (trend) 
harga menaik  atau  menurun  dan  menentukan  kebalikan  paras  harga  
(reverse/retrace) samada ketika paras harga naik atau turun. Dengan  kata 
lain,  Fibonacci  'Retracement  Levels' adalah   anggaran  pergerakan   
paras-paras   harga   dan   kebalikannya  diparas-paras   tertentu yang
mungkin terbentuk berdasarkan pola pergerakan harga yang telah  terbentuk  
sebelumnya.

1.1 Dua Bentuk Fibonacci
1. Fibonacci Retracement Levels
2. Fibonacci Expansion Levels

Nota:
Kepada anda yang baru menceburi bidang dagangan forex, anda disarankan untuk
membiasakan diri dengan istilah-istilah forex dalam Bahasa Inggeris. Usaha untuk
menterjemahkan istilah-istilah tersebut ke Bahasa Melayu adalah tidak perlu kerana
dikuatiri akan menyebabkan kekeliruan pada masa akan datang.

Paras-paras Fibonacci  (retracement Levels) adalah:
0.382, 0.500, 0.618 - tiga paras paling utama.

Fibonacci Retracement adalah digunakan sebagai paras 'Support' dan 'Resistance

Support - paras Harga Terendah
Resistance - paras Harga Tertinggi

1.1.2 Fibonacci Expansion Levels
Paras-paras utama Fibonacci Expansion adalah:
0.618, 1.000 dan 1.618

Fibonacci Expansion Levels digunakan sebagai paras mengambil untung (Target Profit).


2.0 Bagaimana Menggunakan dan Menterjemahkan Fibonacci?

Apa yang akan diperbincangkan seterusnya adalah bagaimana mengaplikasikan Fibonacci
dan menterjemahkan bacaan paras-paras Fibonacci di carta dagangan forex.

Langkah-langkah berikut perlu dilakukan sebelum meletakkan Fibonacci pada carta dagangan:

1. Perhatikan dengan teliti carta dagangan, apakah ianya menggambarkan arah aliran harga 
    Menaik (Uptrend) atau Menurun (Downtrend)?

2. Pastikan titik/point tertinggi (Highest Swing) dan titik/point terendah (Lowest Swing) pada
    carta yang telah terbentuk - dilebelkan point-point itu sebagai A dan B.

Untuk menjelaskan langkah-langkah di atas, perhatikan contoh carta di bawah:

#1: Pasangan Matawang EURUSD, Selamasa (Time Frame) 1 jam (H1) pada tarikh 12 Ogos, 2011


#2.



i. Menentukan pergerakan - Arah Menaik (Uptrend) atau Menurun (Downtrend) ? Sekali imbas, 
   keadaan arah aliran pergerakan harga adalah menaik. Cari 2 point paling rendah pada carta.....
   pertama, lebelkan sebagai titi 'x' dan kedua sebagai titik 'A'

ii. Tarikh Garisan Trend (Trendline) dari titik 'x' ke titik 'A'

Cara menarik Trendline:

#3.



iii. Telah dikenalpasti arah aliran adalah Uptrend, point terendah (Lowest Swing) 
     adalah point 'A' dan point tertinggi (Highest Swing) adalah point 'B' (#2)

Cara menarik Fibonacc Retracement pada carta:

                                                            Klik butang : 
  
Halakan pada point 'A' dan klik (jangan lepas) kemudian tarik(drag) ke point 'B'.....maka
terbentuklah Fibonacci Retracement Levels pada carta anda:

#4


  • 0.0 adalah paras Resistance tertinggi.
  • 161.8 adalah paras Support Terendah.
  • 23.6; 38.2......61.6 adalah paras 'retracement' (paras harga boleh berubah hala)
2.1 Pola Pergerakan Harmoni 

Pola pergerakan harga adalah dalam bentuk harmoni(ziz-zag), iaitu naik turun dan biasanya

perubahan pergerkan berlaku pada Fibonacci Retracement Levels .



Contoh-contoh aliran pergerakan berubah arah pada paras-paras Fibonacci Retracement yang 

kebiasaannya berlaku adalah seperti contoh carta di bawah:

#5.




Kesimpulan:

Perumpamaan penggunaan Fibonacci Retracement Levels ini adalah sebagai kompas

yang menunjukkan halatuju arah aliran pergerakan harga, dan biasanya dengan kerap berlaku

pada paras-paras tersebut. Dengan itu, seorang pedagang dapat mengenalpasti zon dagangan

dan boleh membuat anggaran paras harga untuk membuka posisi (samada 'buy' atau'sell') dan

dapat pula menganggarkan paras untuk mengambil untung (Target Profit). Dengan itu Fibonacci

Retracement adalah sangat berguna kepada seorang pedagang forex.


Sedikit Informasi Sejarah Fibonacci..... saksikan:








                                                 NISBAH EMAS (THE GOLDEN MEAN) : 1.618


2.2 Fibonacci Expansion (Garisan ABC) Pada Carta


Sebagai tambahan pada Fibonacci Retracement, pedagang-pedagang Forex selalunya meletakkan Fibonacci Expansion pada carta untuk mendapatkan paras pengambilan untung. Sila lihat contoh dibawah cara untuk aplikasi Fibonacci Expansion (FE) pada carta dagangan anda...........


Garisan Fibonacci Expansion (FE) adalah dalam bentuk garisan ABC seperti berikut:




#6.


Merujuk pada carta di atas, telah dikenalpasti, telah terbentu garisan ABC terbaru, dan candle terakhir terbentuk
pada 12/8/11 jam 23:00 (Jumaat). Dijangkakan pergerakan akan terus naik apabila sesi dagangan dibuka pada
15/8/11 (Isnin) - Sesi Dagngan New Zealan, Australia dan Jepun seawal pagi jam 04:00 . Dengan itu, langkah
pertama yang perlu dilakukan adalah - plot (tarik) Fibonacci Retracement dari Titik B ke C dan seterusnya tarik
Fibonacci Expansion  di Titik A, B dan C.
#7



Cara plot Fibo Expansion:
1. Klik 'Insert' > 'Fibonacci' > 'Expansion'....klik pada mana-mana bahagian carta & tarik (drag) sedikit..






2. Klik Titik 'y' dan tarik ke Titik 'B'; Klik Titik 'x' dan tarik ke Titik 'A'; klik Titik 'z' dan tarik ke 
   Titik 'C'






3. Klik 2 kali pada mana-mana titi FE supaya ianya tetap disitu (tidak berganjak). Dengan itu, 
    sebagai persediaan sebelum sesi dagangan dibuka semula, paras kenaikan harga, paras-paras
     ubah hala (retracements) dan paras-paras jangkaan pengambilan untung (FE 61.8 & FE 100.0) 
    telah ditetapkan (jangkaan).


    Walaubagaimana pun, kesemua yang dinyatakan adalah tidak semestinya tepat 100%. 
   Ianya adalah kebiasaan yang berlaku sebelum ini , dalam keadaan pergerakan harga 
   (turun/naik) yang normal tanpa pengaruh sentimen  ekonomi dunia

















Semoga apa yang diperbincangkan dalam artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu


memberi kefahaman kepada  anda yang baru untuk berjinak-jinak dalam bidang dagangan 


matawang asing (Forex).




                                                    'Kearah Memiliki Kebebasan Masa dan Kewangan'   

Saturday, August 20, 2011

Panduan Muat Turun & Pengendalian Trading Platform MT4 Insta Forex

________________________________________________________________________
Panduan Muat Turun & Pengendalian Platform Dagangan MT4 (Meta Trader 4) 
                                                         
                                         Meta Trader 4 Trading Platform
________________________________________________________________________
    
1.0 Muat-turun Perisian MT4 Insta Forex 
      (sebelum mendaftar dan membuka akaun demo)

#Langkah 1  (Pastikan dulu anda dihubungkan dengan talian internet)
i. Login ke Laman Web Insta Forex, klik: instaforex.com/open_demo account



 ii. Ikut arahan seperti yang dipaparkan
    “Steps to open a demo-account.”
 1. Muat turun ‘traders’s terminal, klik pada perkataan ‘here
              2. Setelah selesai muat-turun(download) ‘trader’s terminal…’Install program
                  pada komputer anda  dan akan terpapar pada skrin komputer anda seperti 
                  berikut:


  

             3. Terpapar pilihan bahasa ‘English (United States)… Klik 'Next>'





Ikut arahan sehingga selesai proses ‘Install’ pada komputer anda.
Icon (logo) instaforex akan terpapar pada skrin komputer (desktop) anda:








                      4. Klik logo instaforex di skrin komputer untuk membuka ‘trader’s terminal
              (platform mt4) untuk meneruskan proses membuka akaun demo: 

   

                                             



Inilah rupa 'trader's terminal' atau platform dagangan mt4 anda. cuma carta disebelah adalah

carta saya yang telah diubahsuai. Kali pertama anda membukanya, ia tidak kelihatan begitu.

                    

5. Klik pada butang ‘File’ kemudian klik ‘Open and Account’……akan terpapar arahan lain seperti berikut:


                    6.  Masukkan dan taip maklumat peribadi anda pada kotak-kotak berkenaan
                   seperti contoh dibawah: 


              7. Klik kotak “I agree to subscribe to your newsletter kemudian klik ‘Next>’…
                  tunggu sehingga proses pendaftaran akaun demo anda selesai…..    


8. Klik ‘Finish’…..maka selesailah proses pendaftaran akaun demo anda.


 2.0          Membuka ‘Trader’s Terminal/Platform mt4’
                (Pastikan anda sekarang dihubungkan dengan talian internet)

 i. Klik ‘icon’ instaforex





ii. Klik pada butang menu ‘File’,  kemudian klik ‘Login’


iii. Klik nombor login anda kemudian klik butang ‘login’


2.1 ‘Setting’ Paparan Carta.

Katakan anda memilih untuk dagangan watawang Euro dan USD (EUR/USD)
i. Klik butang menu ‘Window’ kemudian klik ‘New Window’:



ii. Klik ‘EURUSD’



Akan terpapar carta format standard EURUSD H1 (Sela-masa 1 jam/ Hour 1 Time Frame) 
seperti berikut:


Carta paparan format  standard perlu diubah-suai terlebih dahulu, untuk memberi gambaran carta yang lebih bermakna …….



Seterusnya mengubahsuai carta ‘candlestick’  (menghilangkan garisan grid & mengubah warna candlestick ‘bull’ (hijau) & ‘bear’(merah)……………………..


iv. Halakan ‘cursor’ anda pada mana-mana bahagian carta ‘candlestik’ dan klik kanan
     ‘mouse’  anda kemudian  pilih (klik) ‘Properties’:

Nota: Cara untuk mengubah warna ‘candlestik’, membuang garisan grid dan sebagainya.








Masih banyak lagi explorasi ke atas platform dagangan yang boleh anda cuba sendiri. Anda boleh
ubah warna 'candlesticks' mengikut kesukaan atau sedap mata anda memandang. 

Kemahiran mengendali platform dagangan ini adalah amat penting sebelum anda boleh berdagang
meletakkan posisi 'buy/long'; 'sell/short' 'order. 



Bersambung ke siri meletakkan petunjuk-petuntuk (indicators) pada carta dagangan..........




Laburkan masa anda untuk menimba ILMU FOREX, InsyaAllah
pulangan dalam bentuk keuntungan tunai adalah berbaloi-baloi!!!

Sertai komuniti forex kami untuk menimba ilmu forex dengan
‘mencedok’ pengalaman dan petua-petua berdagang 
dari mentor forex kami (Sheikh Forex Al-Monterez)
 dan menjadi seorang ‘Forex Trader’ mahir
seperti ‘Profesional Trader’ barat yang kini memiliki

KEBEBASAN MASA & KEWANGAN
Menjana pendapatan dengan seronok dan selesa dari rumah.

Alami suasana ceria berdagang secara berkumpulan dengan
 menyertai KELAB ALPHA-FX sekarang, 
dan pada bila-bila masa mendapat bimbingan
secara terus di kelab atau melalui 
Sype (Online Video Conferencing)

Hubungi Kami:

Semoga cita-cita anda untuk menjadi seorang pedagang forex yang mahir menjadi kenyataan….Insya Allah.

Wassalam.

Alpha-Fx Club
Sheikh Forex
Administrator & Promoter




<a href="http://instaforex.com/forex_bonus.php?x=CELG">InstaForex</a>





Friday, August 19, 2011

Testimoni Student Fx Sheikh Forex Al-Monterez

Testimoni #1


















 Nama Timangan:        GrizzlyFx
   Umur  :                        45 tahun
   Pekerjaan Sekarang : Bebas (freelancer)
   Pekerjaan sebelum:   Eksekutif Akaun (16 tahun), Pemandu Teksi KLIA & macam
                                      -macam kerja 'part time'
   Lokasi:                        Bandar Putera, Jalan Kebun Klang.
  
Email :                        sheikhkraf99@gmail.com
   Tempoh mengenali Sheikh Forex:  > 20 tahun. (bekas bos di P.Jaya)
   Masa diambil belajar forex :            2 tahun (sambil lewa) , 2 bulan intensive (sekarang)
   Cara belajar dgn Sheikh Forex:     
Jumpa 'direct' & Skype-Video Conferencing (tiap-tiap mlm sambil trade)

Saya telah diperkenalkan oleh Sheikh Forex Al-Monterez tentang forex lebih kurang 3 tahun dahulu. Mula-mula  guna akaun demo, dan banyak membaca dari laman web berkenaan asas-asas forex, teknik-teknik analisa    dan  sebagainya yang direkomen  oleh  'Sifu' (Sheikh Forex Al-Monterez).  Selepas 3 bulan berlatih dengan akaun demo.

Sifu telah dengan murah hatinya membuka 'real account' - USD100) untuk saya  dengan Insta  Forex. Sifu  telah     berpesan agar  membuka order dengan nilai hanya 0.10 cents ...... saya ikut nasihatnya. Lama-kelamaan  emosi     dan 'suara-suara jahat' telah  membisik  ke telinga saya....."apalah main sposen (0.10) ....lambat sangat, sikit je   untungnya......kau dah letak 5 'order' tadi  semuanya untung beb! 'Next order'....he he
  kau pasang USD1.00 lah,   banyak sikit untung kau!"  Saya pun ikut cakap 'nafsu tamak' tu....pasang USD 1.00.... dah lah pulak tambah satu   order lagi sebab nampak harga  naik.....tiba-tiba harga patah balik ke  bawah berdesup-desup lajunya.....apa lagi nak    dikata..... 'blinking' warna pink pun timbul....dapat 'margin calll'.....langsung   'automatic account closed'!!!..... FULL    STOP  tak dapat 'trade forex' lagi. Nak  'top-up margin' tak cukup duit dah. 'Call' Sifu  bagitau keadaan    sebenar...."kawan dah cakap jgn pasang   besar.....takpe habis...saja nak suruh awak rase cammana perasaan
sebenar 'trade   real account'.   'Give-up' sekejap.....maleh nak forex lagi.....Sifu nasihatkan jangan "mudah  putus   asa.... belajar  dari kesilapan dan terus belajar  sampai dapat ilmu forex sebenar.....awak belajar tapi tak faham   konsep".................
                                                                                                                                                                            Poning  kepalo den belajar Forex....baco tulisan semuonyo bahaso inggeris.............. laie lah tak paham!    Dah tu    semuo istilah-istilah forex  banyak  bonar.....apo nak dikato ....terus belajarlah den.  Kesimpulan   yang boleh den   buek  adalah:
                       1. Den tak belajar bersungguh-sungguh ....tak paham langsung
                           apo konsep dan kegunaan Fibo Retracement & Expansion, tak
                           paham trend, tak paham 'wave', ABCD line, tak ambik tahu
                           economic news, tak tahu 'Frame Combination'..tak tahu kegunaan
                           'indicators' ...pendek kato ...den trading bodo je cam main tikam-tikam
                           .....untung kono, tak ado rugilah....

                      2. Den tak ado disiplin bila 'trade' ...main bo je. Nafsu tamak tak jago mesti
                          kono .... tak cayo cubo buek...tabur jelah order anda...kot nanti
                          'blinking pink color......margin calll' ...hah tanggunglah sendiri.

                       3. Den buek money mgt kat Excell  tapi tak ikut ...takdo disiplinlah lagi.

 Lamo jugaklah den tak involve dlm forex ni .... kalau rasa 'gian' tu bukaklah akaun demo. Pendekkan cito....den   jumpo kawan lamo  den ......cito punyo cito, dio pun ponah  trade forex dulu ...Lopeh tu , den pun berpakat dengan dio   untuk belaja balik forex, den ajak  dio jumpo Sheikh Forex Al-Monterex. Tigo bulan lopeh jumpa ...mulolah latihan   intensive ...jumpo direct belajar. Kami bukak 'live  account...kocik yo.. USD100...kwn den bukak USD300, den trade  seposen, kwn den trade 30 posen. Tiap-tiap malam kalau kami  tak jumpo sifu kami jumpa kat alam maya..... (Sype)  sambil  trading...sifu guide kami.

Maso jumpo, kami cubo dapekkan petuo-petuo forex (yang pati-pati yo... yang bungo-bungo cerito pangjang tolak tepi...ado maso buleh baco). Kami cubo cari 'trading strategy ' yang sempoi (simple) dan....jumpo yang serasi dengan kami.......test kat demo lopeh tu pakai  kek   'live account'  Alhamdulillah  Hirobbil 'Alamin kami dapek  untung  jugak walaupun  trade  sposen, duo posen  ..........tigoposen.    Kami  dah  paham  konsep  Fibo,  trends,  wave,  ABC   dan sebagainyo....+ jago emosi dan disiplin & sentiaso , jago money management.........Alhamdulillah berjayo!    Den  relo berkongsi pengalaman terbaru den &  den  tak  keberatan tunjukkan  daily  confirmation  dari  Insta  Forex  yang  den dapek melalui email....cumo den keberatan nak dodahkan namo  sebonar...maaflah yo...kalau nak kona (berkenalan dgn den..contact den kek email )...boleh den introduce anda dengan sifu or
mentor den..laie baik join Kelab Alpha- Fx ..leh kito samo-samo trading dalam suasano yang cerio dan harmoni sambil buek untong  samo-samo ......jomlah join!)

Dalam maso 10 hari, Alhamdulillah, den dapat gandokan margin USD100 kepado USD252...pado yang dah pro
ini mungkin kocik...tapi pada den...dah cukup bosar dah sobab den bukannya oghang kayo ...USD152 tu samo dengan RM459...cubo bayangkan kalau akaun margin den USD5,0000...1.52 kali gando ...dah jadi beghapo tu?
Ini buktinyo...bukan den nak banggo diri...cumo nak berkongsi informasi dengan anda bahawo kito buleh buek
duit dengan forex walaupun modal rendah dan trade sposen atau duo posen.......







Sapo-sapo yang nak copek pandai trade forex buleh blaja dengan Sheikh Forex Al-Monterz (Sifu & Mentor Forex den), InsyaAllah den boleh perkonakan dan syorkan anda masuk komuniti forex Apha-Fx (Kelab Alpha-Fx). Kontek dek kek email den tu..

Wassalam.

GrizzlyFx
@ sheikhkraf99@gmail.com