Wednesday, September 7, 2011

Nick Vujicic Seorang Stock Trader Tanpa Lengan & Kaki

Salam Hormat Untuk Semua Traders & Bakal Traders.


Jika hari ini 'malang' menimpa anda kerana dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi...
jangan anda panik, jangan bersedih dan jangan putus asa. Jika anda kehilangan kerja
yang menjadi sumber pendapatan menyara hidup anda dan keluarga dan sukar pula
untuk mendapatkan kerja baru kerana faktor umur ....jangan anda gusar. Banyak
alternatif dan sumber untuk menjana pendapatan. Salah satunya adalah menjadikan
Dagangan Matawang Asing di talian (online forex trading) sebagai satu kerjaya
yang mudah dan selesa dilakukan hanya dari rumah.

Walau pun anda kehilangan kerja, ini tidak bermakna anda hilang segala-galanya.
Fizikal anda yang sempurna sifat dan yang paling utamanya adalah akal & fikiran
yang Tuhan anugerahkan serta keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang kuat
dalam diri anda adalah sesuatu yang tak dapat dinilai dengan emas dan permata.
Tuhan anugerahkan itu semua untuk anda gunakan sebaik mungkin  sebagai
'modal' besar yang diperlukan untuk menggerakkan dan menghidupkan anda di
dunia ini sementara kita pergi beralih ke dunia kekal bila sampai masanya.

Kisah yang dipaparkan berikutnya, mudah-mudahan akan menyuntik semangat
yang kuat pada diri kita agar kita dapat 'bangun' kembali dari ' jatuh' yang tidak
kita sangka dan mulakan langkah seterusnya, seperti kata pepatah Cina.............

                               'Seribu batu bermula dengan satu langkah'

Saksikan paparan berikut...selamat menonton.

Sheikh Forex.

















No comments:

Post a Comment