Thursday, August 18, 2011

Asas-asas Forex

oleh Sheikhfx

Bab1: Pengenalan


1.1 Apakah Itu Forex?
FOREX adalah gabungan dua perkataan Inggeris – FOREIGN EXCHANGE atau dalam Bahasa Melayunya ialah = TUKARAN ASING. Dalam urusan tukaran asing ini, apakah benda yang ditukar? Benda pertukaran adalah melibatkan beberapa bentuk. Pertukaran barang dagangan (Barter Trade) …contohnya Malaysia ingin membuat perdagangan secara tukar barang dengan Indonesia iaitu Malaysia inginkan minyak mentah (petrol) dan Indonesia inginkan minyak kelapa sawit. Maka transaksi dagangan dibuat secara tukar barang. Nilai kedua-kedua barangan itu ditentukan melalui perbincangan antara dua belah pihak.

Pada zaman dahulu, ketika wang masih belum lagi digunakan sebagai alat pertukaran barangan (perdagangan/jual beli), adalah sukar untuk menilaikan sesuatu barangan yang hendak ditukar itu. Contohnya, berapa ekor kambingkah yang diperlukan untuk menukar dengan seekor lembu? Masalah keduanya ialah untuk mendapatkan orang yang memerlukan kambing, kemungkinan ada orang memiliki lembu tetapi orang itu hendak menukarkan lembunya dengan beras? Maka dengan evolusi kecerdikan manusia, wang tercipta sebagai alat tukaran barang yang kini digunakan dalam transaksi yang kita namakan jual-beli.

Dalam konteks perbincangan Forex ini, kita adalah menjurus kepada pertukaran wang antara dua buah negara. Secara pasti, pertukaran hanya melibatkan 2 pihak dan 2 jenis matawang sahaja. Untuk menjelaskan keadaan pertukaran wang asing, bayangkan anda ingin pergi melancung ke Indonesia. Ketika anda berada di Indonesia nanti, sudah tentu anda akan berbelanja disana seperti membayar harga penginapan hotel, makan minum, pengangkutan dan sebagainya. Maka, matawang Ringgit Malaysia tidak digunakan di negara Indonesia. Oleh kerana itu sebelum anda pergi melancung ke Indonesia, anda terlebih dahulu menukarkan wang Malaysia (Ringgit) dengan wang Indonesia (Rupiah). Anda pun pergi ke mana-mana ‘Money Changer’ untuk menukar wang Ringgit kepada wang Rupiah. Sudah tentu, nilai Ringgit tidak sama dengan nilai Rupiah. Maka, kadar pertukaran semasa adalah asas pertukaran wang satu negara ke satu negara. Contoh diatas, katakan kadar tukaran Ringgit ke Rupiah adalah seperti berikut:
1 Ringgit = 3,150 Rupiah
Jika anda bajet jumlah perbelanjaan semasa di Indonesia nanti adalah sebanyak RM2,500, dengan itu jumlah Rupiah yang akan ditukarkan adalah RM2,500 x 3,150 = Rupiah 7,875,000.
Dengan kata lain, anda menjual Ringgit dan dalam masa yang sama anda membeli Rupiah. Maka inilah yang dimaksudkan dengan Pertukaran Matawang Asing atau dalam bahasa Inggerisnya adalah - ‘Currency Foreign Exchange / Currency Forex / Currency Fx’.

1.2 Pasaran Tukaran Wang Asing - FOREX
Pasaran tukaran wang asing yang dikenali sebagai FOREX atau FX adalah pasaran dana kewangan yang terbesar dunia! Berbanding pasaran kewangan New York Stock (saham) Exchange yang berjumlah USD 74 Billion sehari, jumlah dagangan Forex adalah USD 4 Trillion sehari! Berapakah 4 Trillion itu? Dua belas (12) kosong (0) disebelah kanan angka 4 = USD 4,000,000,000,000! Berapakah 74 Billion itu…..
74,000,000,000 ….. sembilan (9) kosong (0) di sebelah kanan angka 74. Berapa kali gandakah besarnya dagangan sehari Forex berbanding New York Stock Exchange?
Anda boleh kira sendiri….. bahagikan nilai Forex itu dengan nilai NYSE, jawapannya adalah lebih kurang …540.5 kali ganda! Hanya segelintir pihak sahaja yang boleh berdagang di NYSE, hanya orang kaya yang banyak memiliki wang atau jutawan sahaja yang layak untuk memasuki pasaran kewangan NYSE itu. Yang paling menarik adalah individu yang tidak memiliki jutaan wang macam kita ini boleh memasuki pasaran kewangan dunia terbesar dunia!!! Anda tak percaya kan? Kini ianya adalah satu realiti dimana kita boleh menjadi pedagang Forex hanya dengan bermodalkan serendah USD50 atau RM150.50(mengikut kadar tukaran semasa @ 3.01). Anda boleh jana keuntungan dengan cara yang mudah dan selesa…..internet dan dirumah. Ramai orang yang telah menjadi pedagang forex sepenuh masa, mereka inginkan kebebasan masa dan kewangan, tidak mahu terikat lagi dengan waktu kerja 9 – 5 pagi. Ada orang di Malaysia kini yang mampu menjana pendapatan USD7,000(RM21,070) sebulan dan semakin meningkat, hanya melalui forex dengan selesanya dirumah! Bunyinya macam mudahkan….masih ragu-ragu dan tak percaya lagi. Memang untuk mendapat kesenangan apa juga caranya bukanlah semudah itu. Tanpa ilmu yang berkaitan….semuanya itu hanya tinggal cerita-cerita indah yang membuai angan-angan Mat Jenin! Untuk menjadi seorang pedagang mahir, anda perlu pelajari dengan sungguh-sungguh dan khatam ilmunya….satu pembelajaran yang berterusan. Kalau sekadar menghadiri kursus Forex 2 hari dan kemudian anda laburkan sebahagian wang anda untuk berdagang Forex…..baik anda lupakan hasrat anda itu…. Lebih baik anda laburkan kedalam mana-mana institusi yang risikonya rendah.

Pasaran kewangan Forex adalah pasaran bebas tidak seperti pasaran saham yang mempunyai pusat dagangannya. Pergerakan dana kewangan Forex adalah digerakkan oleh permintaan dan penawaran pedagang-pedagang Forex seluruh dunia, dari kategori individu sehinggalah kepada ‘gergasi-gergasi’ seperti bank-bank dan jutawa-jutawan ternama dunia seperti Josh Soros. Tiada organisasi atau individu yang mengawal atau menguasai pasaran Forex.

2.0 Apakah Yang Diperdagangkan Dalam Pasaran FOREX?

Jawapan paling mudah adalah…………………..WANG.


Anda sebenarnya bukanlah berdagang benda yang fizikal (nyata), kadangkala pasaran dagangan forex ini agak mengelirukan. Walaubagaimana pun, bayangkan anda membeli matawang asing dalam sebuah negara lain seperti membeli saham sesebuah syarikat.

Nilai matawang sesebuah negara adalah gambaran terus pasaran kewangan melihat keadaan kekuatan (ekonomi) semasa atau akan datang sesebuah negara itu. Katakan anda membeli matawang Amerika Syarikat (USD), sebenarnya anda membeli ‘saham’ dalam ekonomi Amerika Syarikat. Anda beli dan anda jangkakan ekonomi A.S. akan meningkat dan nilai matawangnya akan juga meningkat dalam jangkamasa tertentu …katakan untuk tempoh 3 bulan akan datang. Setelah tiga bulan masa berlalu, nilainya meningkat sebanyak 8% dan anda membuat keputusan menjualnya semula untuk meraih keuntungan hasil dari pertukaran asing…katakan anda menjual (menukarkan) Dollar US kepada Ringgit Malaysia.

2.1 Matawang-matawang Utama Dunia


Simbol-simbol matawang sentiasa memiliki 3 abjad, di mana 2 abjad pertama merujuk kepada negara dan abjad terakhir merujuk kepada matawangnya.

Matawang-majawang dalam jadual di atas adalah matawang-matawang utama dunia yang diperdagangkan dalam pasaran tukaran asing.

2.2 Matawang-matawang Diniagakan Secara Pasangan

Sistem dagangan forex adalah secara sepontannya membeli satu matawang dan menjual satu matawang lainnya. Ianya diniagakan menerusi satu broker atau ‘dealer’. Sebagai contohnya Euro dan Dollar A.S. (EUR/USD) atau Pound Britain dan Yen Jepun (GBP/JPY).

2.3 Pasangan Matawang Utama
Pasangan-pasangan matawang berikutnya adalah dalam kategori utama. Bilamana terdapat satu matawang USD dalam pasangan itu, maka ianya adalah yang kerap diniagakan. Kecairan atau pergerakan agresif pasangan-pasangan matawang ini adalah tinggi. Maka sebab itu pedagang-pedagang forex gemar memilihnya.


2.4 Pasangan Matawang Silang Utama (Major Cross-Currencies Pairs)

Pasangan Matawang Silang adalah pasangan matawang yang tidak melibatkan matawang dollar A.S. (USD). Pasangan ini dalam pasaran forex hanya disebut sebagai ‘crosses’ sahaja. Antara pasangan matawang silang (cross-currency) utama dalam forex adalah seperti berikut:


Silangan-silangan Yen (Yen Crosses)


Silangan-silangan Pound (Pound Crosses)


bersambung......

<a href="http://instaforex.com/forex_bonus.php?x=CELG">InstaForex</a>

3.0 Bagaimana Anda Buat Duit Dalam Forex?



Dalam pasaran forex, anda beli (buy) atau jual (sell) matawang-matawang.
Meletakkan dagangan dalam tukaran asing adalah mudah. Tujuan dagangan forex  adalah menukar satu matawang dengan matawang lain dengan anggaran yang nilainya akan berubah, dengan itu matawang yang dibeli itu akan meningkat nilainya berbanding matawang yang anda jual

Contoh:
Tindakan Pedagang
      EUR
      USD
Anda beli 10,000 euros pada nilai tukaran EUR/USD = 1.1800
  +10,000
  -11,000
Dua minggu kemudian, nilai tukaran 10,000 euros  kepada U.S. dollar meningkat ke 1.2500
   -10,000
 +12,500
Anda memperoleh untung sebanyak $700
         0
      +700
*EUR 10,000 x 1.18 = USD 11,800
*** EUR 10,000 x 1.25 = USD 12,500




3.1 Bagaimana Membaca ‘Forex Quote’ (Sebutan Forex)
Matawang-matawang biasanya dinyatakan(quote) dalam pasangan, seperti GBP/USD atau USD/JPY. Sebab mengapa ianya dinyatkan dalam pasangan dalam setiap transaksi tukaran asing adalah, anda pada masa yang sama membeli satu matawang dan menjual matawang yang satu lagi. Berikut adalah contoh kadar tukaran asing untuk pound British lwn U.S. dollar: 



                                         
Matawang pertama disebelah kiri (“/”)  dikenali sebagai ‘base currency’ (matawang asas), manakala yang keduanya disebelah kanan (“/”) adalah dipanggil ‘counter/quote currency’ (matawang nyataan).
Ketika membeli, kadar tukaran memberitahu anda berapa banyakkah anda perlu membayar dalam unit
‘quote currency’ untuk membeli ‘base currency’. Contoh di atas, anda perlu membayar USD 1.51258 untuk membeli 1 pound British.

Bilamana menjual pula, kadar tukaran memberitahu anda , berapa unitkah ‘Quote Currency’ yang akan anda perolehi dengan menjual 1 unit ‘base currency’. Seperti contoh di atas, anda akan menerima 1.51258 US dollar bila anda menjual 1 pound Brritish.


Matawang asas (Base Currency’ adalah asas untuk ‘buy’ dan ‘sell’. Jika anda ‘buy’ EUR/USD, ini bermakna anda membeli EUR dan serentak(simultaneously) anda menjual USD.

                                                                                                                                              


3.2 Istilah-istilah Dagangan Forex.

1. long = buy
2. short= sell
3. Bid/Ask


Contoh: Pasangan Matawang EUR/USD









  

                                                                          
Semua ‘forex quotes’ dinyatakan dengan dua harga berbeza: ‘bid & ask’, yang mana harga ‘bid’ adalah lebih rendah dari harga ‘ask

Bid’ adalah harga dimana broker anda sanggup untuk membeli ‘base currency’ dengan menukar pada ‘quote currency’. Ini bermakna ‘bid’ adalah harga terbaik yang ditawarkan kepada anda untuk menjualnya di pasaran


Ask’ adalah harga dimana broker anda akan jual ‘base currency’ dan menukar dengan  ‘quote currency’.  Ini bermakna yang ‘ask’ adalah harga terbaik ketika itu yang mana anda beli dari pasaran.

Perbezaan antara harga ‘bid’ dan harga ‘ask’ adalah dipanggil -  ‘spread

Contoh:

Katakan anda melihat arah aliran harga EUR/USD adalah menaik (uptrend) dan ‘currency quote’ pada ketika itu Adalah  1.43156/1.43186  (lihat ke empat tempat perpuluhan).

Harga ‘bid’ = 1.43156     harga ‘ask’ = 1.43186  (perbezaan antara harga ‘ask’ dan ‘bid’ adalah 8-5=3) Nilai 3 inilah yang dipanggil ‘pip’ dan 3 pip ini adalah apa yang dinamakan ‘spread

Spread’ adalah imbuhan yang diambil oleh broker anda  setiap kali anda membuka ‘order’ dipasaran.

Nota: Jika anda memilih pasangan matawang euro dan US dollar untuk dagangan, dua senario berikut silih berganti akan berlaku, selari dengan turun naik kekuatan matawang berubah-ubah bagi kedua-dua matawang tersebut.

Ketika carta mempamirkan arah aliran (EUR/USD) menaik (Uptrend), ia sebenarnya menggambarkan bahawa pada ketika itu kekuatan matawang euro semakin kuat berbanding matawang US dollar. Dengan itu anda memilih untuk ‘buy order’, dengan harapan kekuatannya (euro) akan meningkat untuk beberapa ketika (1 minit, 5 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, 1 hari….1bulan). Katakan anda memilih ‘buy order’ eur/usd pada harga 1.43550 dan dalam masa setengah jam ianya meningkat ke harga 1.43850, samada anda tetapkan(set) keuntungan (Target
Profit /’TP) pada harga tersebut (1.43850) atau anda tutup (close order) secara manual,
maka perbezaan antara kedua-dua harga tersebut boleh dikira seperti berikut…………………………

Katakan anda buka order pada saiz lot USD 0.10 (10 cents) maka keuntungan yang anda perolehi  boleh dikira adalah:


(Untuk memudah pengiraan (pip), ambil nilai angka dua,tiga dan empat tempat perpuluhan sahaja)

                                 385- 355 = 30 (dipanggil 30 pips)

                                 Jadi berapakah nilai keuntungan anda?
                                 30 x 0.10 = USD3.00#



Pip & Pipette


Unit pengiraan untuk gambaran perubahan nilai antara dua matawang-matawang adalah dipanggil "Pip". Sebagai contoh, EUR/USD bergerak dari 1.2250 ke 1.2551 ianya adalah SATU (1) PIP. Pip adalah angka pada tempat perpuluhan terakhir bagi nilai-nilai matawang-matawang yang mempunyai empat tempat perpuluhan (kecuali matawang Yen Jepun yang hanya mempunyai dua tempat perpuluhan).


Walaubagaimanapun, terdapat broker-broker yang memaparkan 'quote currencies dengan lima tempat perpuluhan yang dipanggil SATU PIPETTE, contoh - 1.25513 .


Setiap matawang mempunyai nilainya tersendiri. Adalah perlu untuk mengira nilai satu (1) pip untuk matawang tersebut. Berikut adalah contoh-contoh pengiraan bagi 'quote' yang dinyatakan dengan empat tempat perpuluhan.....


Pasangan-pasangan matawang di mana US dollar dinyatakan dahulu (quoted first), pengiraannya adalah seperti berikut:


1. USD/CHF @ 1.5250
    0.0001 dibahagi dengan kadar tukaran = nilai pip
    0.0001 / 1.5250 = 0.0000655


2. USD/CAD @ 1.4890
   0.0001 dibahagi dengan kadar tukaran = nilai pip
   0.0001 / 1.4890 = 0.00006715


Dalam keadaan US dollar tidak dinyatakan (quoted) dahulu, maka pengiraan nilai satu pip adalah seperti contoh berikut:


1. EUR/USD @ 1.2200
   0.0001 dibahagi dengan kadar tukaran = nilai pip
   dengan itu, 0.0001 / 1.2200 = EUR 0.00008196
   
Untuk mendapatkan nilainya dalam US dollar, kita hendaklah membuat pengiraan    seterusnya, iaitu:
   0.00008196 x 1.2200 = 0.00009999...dibulatkan = 0.0001


Pengiraan nilai pip diatas adalah sekadar pengetahuan sahaja. Dalam dagangan di platform anda tidak perlu membuat semua pengiraan tersebut kerana ianya secara automatik telah dibuat pengiraan oleh sistem platform dagangan anda.


Lot, 'Leverage'  dan 'Profit &Loss' (Untung/Rugi)


Forex diperdagangkan dalam amaun-amaun tertentu yang dipanggil 'lots'


'Standard Lot' ialah 100,000 unit. Terdapat juga lot-lot mini, micro dan nano iaitu 10,000, 1,000 dan 100 units.


       Lot                        Unit
   Standard              100,000
   Mini                      10,000
   Micro                     1,000
   Nano                        100


Seperti yang telah kita ketahui, matawang-matawang diukur dalam 'pips', iaitu peningkatan terkecil matawang-matawang.


Untuk mengambil kesempatan atas peningkatan nilai terkecil itu, anda perlu berdagang dalam jumlah amaun yang besar untuk matawang-matawang tertentu, untuk melihat untung atau rugi bermakna.


Katakan, kita akan menggunakan lot 'Standard (100,000 unit). Kita akan mengira semula beberapa contoh bagaimana nilai dagang yang besar itu mempengaruhi nilai pip.


Contoh:  USD/CHF pada kadar tukaran 1.4555 (0.0001/1.4555) x 100,000 =
             $6.87 bagi setiap pip.


Contoh: US dollar adalah bukan dinyatakan dahulu ....EUR/USD pergiraannya
            adalah seperti berikut .....
            1.1930 (0.0001 / 1.1930) x 100,000 =  8.38 x 1.1930 = $9.99734
            dibulatkan = $10 setiap pip.






'Leverage' - Apakah Maksudnya?
Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana pelabur 'mikro' (kecil) seperti anda boleh berdagang untuk jumlah wang yang besar? Anggap saja broker anda sebagai sebuah bank yang pada asasnya 
mendahulukan (upfront) $100,000 untuk membeli matawang. Apa yang bank minta dari anda adalah cuma $1,000 sebagai deposit sebagai cagaran dan meyakinkan kredibiliti anda. Inilah bagaimana dagangan forex menggunakan leverage berfungsi.


Kebiasaannya, broker memerlukan anda membuka deposit dagangan yang dikenali sebagai 
"account margin" atau "initial margin". Bila saja anda depositkan wang anda ke dalam akaun tersebut, maka bolehlah anda berdagang. 


Sekuriti (margin) minima untuk setiap lot adalah tidak sama antara satu broker dengan broker yang lain. Dalam contoh di atas, ianya bermakna untuk setiap $100,000 yang diperdagangkan, broker memerlukan $1,000 dari anda sebagai deposit untuk posisi tersebut.


Bagaimana Cara Mengira Untung & Rugi?
Rujuk semula cara mengira nilai bagi satu 'pip dan 'leverage', contoh pengiraan adalah seperti berikut:


Katakan anda 'buy/long' (beli) US dollar dan 'sell/short' (jual) Swiss francs.


1. Kadar yang dinyatakan (quoted) adalah 1.4525/1.4530. Oleh kerana anda membeli US dollar,   
    anda adalah dirujuk pada harga 'ask' iaitu 1.4530 .


2.  Anda beli (buy) 1 lot standard (100,000) unit pada harga 1.4530


3. Beberapa jam kemudian, harga telah melonjak ke paras 1.4550 dan anda buat keputusan untuk
    menutup dagangan anda


4. 'Quote' baharu untuk USD/CHF adalah 1.4550/1.4555. Setelah anda menutup dagangan anda 
    yang pada awalnya membeli semasa memasuki dagangan, sekarang anda menjual semula untuk
    menutup dagangan dan anda mesti mengambil harga 'bid' terbaru iaitu 1.4550 .


5. Perbezaan antara harga 1.4530 dan 1.4550 adalah 0.0020 atau 20 pips.


6. Menggunakan formula pengiraan sebelum ini, anda sekarang mempunyai (0.0001/1.4550) x 
     100,000 = $6.87 satu pip x 20 pips = $137.40#

No comments:

Post a Comment