Thursday, August 18, 2011

Dagangan Matawang Asing (Forex) Adalah 'Lombong Emas' Terbesar Dunia?

oleh Sheikhfx
18 Ogos, 2011

Tahukah  anda  bahawa  pasaran  kewangan  terbesar   dunia  adalah  FOREX  (pertukaran asing)?   Dengan jumlah dagangan harian mencecah  USD4 trillion sehari  dan  kecairannya yang  tinggi  membolehkan   ramai  individu mahupun organisasi-organisasi seperti bank-bank perdagangan  membuat untung jutaan dollar dengan  mudah melalui talian internet.  Dan  ramai  individu  hari  ini  memiliki  kebebasan  masa  dan  kewangan hanya dengan menjana   pendapatan  (untung)  melalui  dagangan  matawang  asing  ( forex trading)  dengan  mudah  dan  selesa   dirumah   menggunakan   laptop/komputer    dan   talian   internet.  Saya   juga   sedang   melalui  pengalaman  ini.  

Bagi anda  yang  sedang  bekerja  makan  gaji  dan  ingin  menjana   pendapatan   tambahan,   Forex   adalah  satu  sumber yang boleh anda ceburi selain dari bekerja 'part time'  di luar   rumah   dan   masih   memerlukan tenaga,  masa serta modal(wang) untuk ke tempat kerja, pulang lewat malam....satu  keadaan  yang  sangat meletihkan. Saya telah melalui pengalaman itu.  Semua orang tidak boleh  lari dari  dihimpit  tekanan  ekonomi semasa. Kenaikan harga barangan, kos sara hidup yang semakin meningkat, memaksa  kita  memerah  tenaga semaksima  mungkin  untuk   menjana  lebih  wang  bagi  menampung  kos  perbelanjaan   hidup.  Pada  yang berkeluarga  , kos  menyekolahkan anak-anak (bas  sekolah,  duit poket,  buku-buku , alat  tulis,  yuran tiusyen, yuran sekolah agama dan sebagainya), pendapatan dari bekerja makan gaji masih belum cukup untuk menampung semua itu.  Nilai  matawang  semakin  susut  dan  secara relatifnya kuasa beli juga akan menurun. Jika lima tahun dahulu anda belanjakan RM50 membeli barangan  dipasar,  ianya  mungkin cukup  menampung  untuk tempoh 5 hari. Tapi kini nilai RM50, jika dibelanjakan membeli sayur dan ikan  di pasar, ianya mungkin cukup untuk bekalan 1 atau 2 hari sahaja. Dengan itu secara kasarnya, bolehlah dikatakan nilai wang telah susut 4 atau 5 kali ganda  berbanding nilainya 5 tahun dahulu. Dalam teori ekonomi,  maka perkataan 'inflasi' terbayang dalam fikiran kita dan kadarnya kini berubah-ubah turun naik, berkadar  terus  dengan  kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan sesebuah negara.

Kesimpulanya, dengan kenaikan harga barangan dan  perkhidmatan  sesebuah  negara dan  kadar  kenaikan pendapatan tahunan individu yang tidak seimbang, memaksa individu  tertentu  meluangkan  lebih masa untuk menjana pendapatan tambahan buat menampung kos sara hidup. Jika 10 tahun dahulu, individu yang bekerja makan gaji cukup hanya bekerja 8 jam sehari, kini individu itu  mungkin  terpaksa   bekerja 12 jam sehari (lebih masa 4jam ditempat kerja sama atau tempat lain). Jika individu itu memilih kerja  'part time' di tempat lain, ia memerlukan lebih lagi masa, tenaga dan modal kerana mengambil kira masa perjalanan ke tempat kerja yang berbeza. Bagi individu yang melibatkan diri dalam jualan  langsung (MLM) secara  separa  masa,  maka  masa  yang diperlukan adalah lebih  lagi.  Akhirnya masa kualiti bersama keluarga dihujung minggu juga terpaksa dikorbankan demi untuk mencari lebih wang untuk perbelanjaan hidup. Tiada masa lagi untuk bersantai bersama anak isteri berkelah ditepi pantai. Tiada masa lagi untuk berziarah ke rumah sanak saudara yang berdekatan. Malah manusia semakin sibuk dan menjadi 'hamba' masa untuk menjamin kelangsungan hidup dek kerana tumpuan hanya untuk mencari duit. Inikah corak kehidupan yang ingin kita miliki?

Walaupun kita dihimpit tekanan ekonomi semasa dan memerlukan  lebih  usaha  meningkatkan  pendapatan, kita mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakannya. Dalam konteks perbincangan ini, ianya adalah ditumpukan kepada penjanaan pendapatan melalui dagangan matawang  asing  di  talian  internet  (online Forex Trading).  Semasa saya menulis artikel ini, saya sedang berdagang forex ditalian, berseluar pendek tidak berbaju dirumah, sementara menunggu  target harga untuk saya mengambil untung (melihat pergerakannya di 'window' platform dagangan disebelah 'window' blog ini). Anak-anak telah lama pergi ke sekolah, tinggallah saya 'bekerja' dari rumah sendirian, isteri pula dari pagi sudah keluar menolong rakannya memasak untuk bisnes bazar ramadhan sekarang ini. Sukar untuk menerangkan arti kebebasan masa dan kewangan, kecuali anda menempuh dan melalui sendiri pengalaman itu.

Ramai  orang  pernah  mendengar  dan  ramai  juga  yang  pernah menceburkan diri dalam bidang  ini. Ada di antara   mereka   yang   mengatakan   risiko   forex   ini   adalah   tinggi.   Memang   forex    ada    risiko, setiap perkara dalam dunia ini semuanya berisiko. Bekerja  makan gaji  juga  mempunyai  risiko-risiko (risks)yang   mempengaruhi   kerugian,  seperti   pemberhentian  kerja,  pemotongan  waktu   kerja    lebih  masa, kemalangan ditempat kerja, bencana alam(kebakaran, banjir) dan sebagainya.  Begitu juga dengan peniaga kedai runcit(saingan, harga barangan meningkat, masalah pekerja, dsb.). Kehidupan ini semuanya  diekori dengan risiko-riskonya tersendiri. Berjalan kaki di tepi jalan juga diekori dengan risiko dilanggar kenderaan   dari belakang jika tidak berhati-hati. Untuk mengurangkan risiko, kita perlu belajar ilmu-ilmu tertentu untuk mengurangkan risikonya. Dengan itu, seseorang yang ingin menceburkan diri dalam dagangan forex, perlu belajar asas-asasnya  terlebih  dahulu  dan  mesti  melengkapkan  diri  dengan  teknik-teknik  tertentu untuk mengurangkan risiko dan  dalam  masa  yang  sama  meningkatkan  keuntungan.  Jika  dibandingkan dengan pelaburan saham dan komoditi, risikonya adalah jauh lebih rendah dan  lebih  mudah  dilaksanakan, malah ianya tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakannya  berbanding  pelaburan  saham  dan komoditi. 

Kelebihan-kelebihan penjanaan pendapatan melalui dagangan forex dalam talian (online forex trading) berbanding pelaburan saham atau komoditi adalah seperti berikut:

 Forex                                                                               
 1) Tidak memerlukan modal besar - minima USD50   atau RM151.00


 2) Melaksanakan dengan kawalan sendiri 100%. 
   
 3) Urusniaga dua hala, membuat untung ketika hala harga menaik & menurun.                                                                  

 4) Boleh meraih pendapatan sampingan  melalui komisyen penajaan.                          
              
 5) Untung 100% milik peribadi.  
                    
 6) Mudah dan selesa dilaksanakan sendiri di rumah dlm masa 24jam,  5 hari seminggu.    
                             
 7) Mudah membaca pergerakan serta perubahan haluan turun naik harga  melalui platform
     dagangan ditalian.                      
     

 8) Dagangan forex tidak dikawal oleh sebarang pusat dagangan (bebas), momentum dagangan
  digerakkan oleh  penawaran & permintaan pedagang-pedagang forex seluruh dunia yang 
  dipengaruhi oleh sentimen ekonomi semasa dunia terutamanya US, Kesatuan Eropah, Jepun,
  China dan India. 
     
 9) Mudah urusan transaksi keluar masuk  dana dan keutungan, hanya melalui  akaun bank dan 
     kad  debit/kredit secara online.                     
                             
   
 Saham/komoditi
1) Memerlukan modal besar sekurang-kurangnya RM10,000.

2) Memerlukan orang tengah (remiser).

3) Urusniaga sehala, beli pada harga rendah &  dan jual (mengambil untung) bila harga meningkat.

4) Tiada penajaan.

5) Peratus keuntungan tertentu untuk komisyen remiser.

6) Bergantung kepada orang tengah (remiser)  dan masa pasaran terhad kepada bursa saham.

7) Hanya 'remiser' yang lebih tahu perkembangan  semasa. 

8) Dikawal oleh pusat-pusat dagangan (bursa).

9) Agak rumit untuk urusan transaksi penambahan modal dan pengeluaran untung.

Untuk memulakan pembabitan diri dalam bidang dagangan forex ini, seseorang itu perlu mempelajari asas-asasnya terlebih dahulu. Kemudian ianya perlu mempersiapkan diri dengan kefahaman teknik-teknik tertentu berdagang forex, iaitu analisa-analisa teknikal dan fundamental. Seterusnya, seseorang itu perlu melalui latihan-latihan praktikal tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal untuk berdagang di platform dagangan di talian melalui akaun demo/akaun maya yang disediakan oleh kebanyakan broker-broker forex ketika ini. Inilah kelebihannya dalam misi untuk menjadi seorang pedagang forex persendirian. 

Ibarat seorang juruterbang pesawat penumpang, terlebih dahulu juruterbang itu memulakan latihan-latihan dari peringkat bawah (kadet juruterbang). Pembelajaran secara teori dan praktikal perlu dilaluinya dan terpaksa menempuh banyak siri ujian sebelum ianya layak menerima sayap penerbangan dan lesen untuk memandu pesawat terbang. Begitulah juga halnya untuk menjadi seorang pedagang forex. Anda perlu banyak membaca dan menimba sebanyak mungkin pengetahuan berkenaan forex. Tidak perlu anda keluarkan belanja ribuan ringgit wang simpanan anda hanya untuk menghadiri seminar 2 hari forex dihotel-hotel besar. Simpan wang anda itu untuk dijadikan modal membuka akaun dagangan forex. Terlalu banyak ilmu forex yang 'dilambakkan' di internet oleh pedagang-pedagang professional barat, yang saya 'respect' mereka kerana murah hati menabur ilmu yang bukannya mudah diperolehi, malah mungkin tidak diajar dipusat-pusat pengajian tinggi pun. Jika bahasa Inggeris menjadi masalah kepada anda, anda mungkin boleh memperolehinya secara percuma dari saya atau blog ini (dalam bahasa melayu). Malah jika anda memerlukan seorang mentor atau pembimbing dan inginkan bimbingan berterusan, saya boleh perkenalkan anda kepada mentor saya (sifu) dan menyertai komuniti forex yang kami tubuhkan dan berdagang secara berkumpulan. Kami sedang merancang untuk menubuhkan kelab forex sendiri dan mengumpul ahli-ahli dengan objektif membantu serta membimbing ahli-ahli agar menjadi seorang pedagang forex yang mahir dan boleh berdagang secara bebas sendiri.

Maklumat lanjut berkenaan bimbingan intensive (secara bersemuka atau video conferencing/chating melalui skype), sila hubungi saya melalui email : Alpha-Fx

Bersambung ke artikel akan datang.....Asas-asas Forex

  

<a href="http://instaforex.com/forex_bonus.php?x=CELG">InstaForex</a>


2 comments:

  1. Tuan moderator,
    Boleh saya belajar dgn tuan, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Boleh Tuan Amer, Join lah komuniti forex trader
    Alpha-Fx, boleh kita sama-sama belajar dgn mentor-
    mentor dan otai-otai forex yang dah berjaya.

    ReplyDelete