Sunday, August 21, 2011

Fibonacci - Teknik Penggunaan
oleh Sheikh Forex Al-Monterez



1.0 Pendahuluan
Pedagang-pedagang  profesional   mengutamakan  penggunaan  Fibonacci 
'Retracement   Level' (Paras-paras   kebalikan) &  Fibonacci  'Extension 
Levels'  sebagai    panduan   untuk   anggaran kenaikan,  penurunan, 
kebalikan     pergerakan   paras   harga    pada    carta    dagangan     forex. 
Dengan  itu    mereka   mewajibkan   diri   mereka   menggunakan  Fibonacci   
setiap   kali    untuk berdagang,  sebagai  salah  satu  alat  untuk  membaca
pergerakan  harga dan dalam masa  yang sama   menggurangkan   risiko  
kesilapan   membuka  posisi  harga (order)  samada  ketika   julat (trend) 
harga menaik  atau  menurun  dan  menentukan  kebalikan  paras  harga  
(reverse/retrace) samada ketika paras harga naik atau turun. Dengan  kata 
lain,  Fibonacci  'Retracement  Levels' adalah   anggaran  pergerakan   
paras-paras   harga   dan   kebalikannya  diparas-paras   tertentu yang
mungkin terbentuk berdasarkan pola pergerakan harga yang telah  terbentuk  
sebelumnya.

1.1 Dua Bentuk Fibonacci
1. Fibonacci Retracement Levels
2. Fibonacci Expansion Levels

Nota:
Kepada anda yang baru menceburi bidang dagangan forex, anda disarankan untuk
membiasakan diri dengan istilah-istilah forex dalam Bahasa Inggeris. Usaha untuk
menterjemahkan istilah-istilah tersebut ke Bahasa Melayu adalah tidak perlu kerana
dikuatiri akan menyebabkan kekeliruan pada masa akan datang.

Paras-paras Fibonacci  (retracement Levels) adalah:
0.382, 0.500, 0.618 - tiga paras paling utama.

Fibonacci Retracement adalah digunakan sebagai paras 'Support' dan 'Resistance

Support - paras Harga Terendah
Resistance - paras Harga Tertinggi

1.1.2 Fibonacci Expansion Levels
Paras-paras utama Fibonacci Expansion adalah:
0.618, 1.000 dan 1.618

Fibonacci Expansion Levels digunakan sebagai paras mengambil untung (Target Profit).


2.0 Bagaimana Menggunakan dan Menterjemahkan Fibonacci?

Apa yang akan diperbincangkan seterusnya adalah bagaimana mengaplikasikan Fibonacci
dan menterjemahkan bacaan paras-paras Fibonacci di carta dagangan forex.

Langkah-langkah berikut perlu dilakukan sebelum meletakkan Fibonacci pada carta dagangan:

1. Perhatikan dengan teliti carta dagangan, apakah ianya menggambarkan arah aliran harga 
    Menaik (Uptrend) atau Menurun (Downtrend)?

2. Pastikan titik/point tertinggi (Highest Swing) dan titik/point terendah (Lowest Swing) pada
    carta yang telah terbentuk - dilebelkan point-point itu sebagai A dan B.

Untuk menjelaskan langkah-langkah di atas, perhatikan contoh carta di bawah:

#1: Pasangan Matawang EURUSD, Selamasa (Time Frame) 1 jam (H1) pada tarikh 12 Ogos, 2011


#2.



i. Menentukan pergerakan - Arah Menaik (Uptrend) atau Menurun (Downtrend) ? Sekali imbas, 
   keadaan arah aliran pergerakan harga adalah menaik. Cari 2 point paling rendah pada carta.....
   pertama, lebelkan sebagai titi 'x' dan kedua sebagai titik 'A'

ii. Tarikh Garisan Trend (Trendline) dari titik 'x' ke titik 'A'

Cara menarik Trendline:

#3.



iii. Telah dikenalpasti arah aliran adalah Uptrend, point terendah (Lowest Swing) 
     adalah point 'A' dan point tertinggi (Highest Swing) adalah point 'B' (#2)

Cara menarik Fibonacc Retracement pada carta:

                                                            Klik butang : 
  
Halakan pada point 'A' dan klik (jangan lepas) kemudian tarik(drag) ke point 'B'.....maka
terbentuklah Fibonacci Retracement Levels pada carta anda:

#4


  • 0.0 adalah paras Resistance tertinggi.
  • 161.8 adalah paras Support Terendah.
  • 23.6; 38.2......61.6 adalah paras 'retracement' (paras harga boleh berubah hala)
2.1 Pola Pergerakan Harmoni 

Pola pergerakan harga adalah dalam bentuk harmoni(ziz-zag), iaitu naik turun dan biasanya

perubahan pergerkan berlaku pada Fibonacci Retracement Levels .



Contoh-contoh aliran pergerakan berubah arah pada paras-paras Fibonacci Retracement yang 

kebiasaannya berlaku adalah seperti contoh carta di bawah:

#5.




Kesimpulan:

Perumpamaan penggunaan Fibonacci Retracement Levels ini adalah sebagai kompas

yang menunjukkan halatuju arah aliran pergerakan harga, dan biasanya dengan kerap berlaku

pada paras-paras tersebut. Dengan itu, seorang pedagang dapat mengenalpasti zon dagangan

dan boleh membuat anggaran paras harga untuk membuka posisi (samada 'buy' atau'sell') dan

dapat pula menganggarkan paras untuk mengambil untung (Target Profit). Dengan itu Fibonacci

Retracement adalah sangat berguna kepada seorang pedagang forex.


Sedikit Informasi Sejarah Fibonacci..... saksikan:








                                                 NISBAH EMAS (THE GOLDEN MEAN) : 1.618


2.2 Fibonacci Expansion (Garisan ABC) Pada Carta


Sebagai tambahan pada Fibonacci Retracement, pedagang-pedagang Forex selalunya meletakkan Fibonacci Expansion pada carta untuk mendapatkan paras pengambilan untung. Sila lihat contoh dibawah cara untuk aplikasi Fibonacci Expansion (FE) pada carta dagangan anda...........


Garisan Fibonacci Expansion (FE) adalah dalam bentuk garisan ABC seperti berikut:




#6.


Merujuk pada carta di atas, telah dikenalpasti, telah terbentu garisan ABC terbaru, dan candle terakhir terbentuk
pada 12/8/11 jam 23:00 (Jumaat). Dijangkakan pergerakan akan terus naik apabila sesi dagangan dibuka pada
15/8/11 (Isnin) - Sesi Dagngan New Zealan, Australia dan Jepun seawal pagi jam 04:00 . Dengan itu, langkah
pertama yang perlu dilakukan adalah - plot (tarik) Fibonacci Retracement dari Titik B ke C dan seterusnya tarik
Fibonacci Expansion  di Titik A, B dan C.
#7



Cara plot Fibo Expansion:
1. Klik 'Insert' > 'Fibonacci' > 'Expansion'....klik pada mana-mana bahagian carta & tarik (drag) sedikit..






2. Klik Titik 'y' dan tarik ke Titik 'B'; Klik Titik 'x' dan tarik ke Titik 'A'; klik Titik 'z' dan tarik ke 
   Titik 'C'






3. Klik 2 kali pada mana-mana titi FE supaya ianya tetap disitu (tidak berganjak). Dengan itu, 
    sebagai persediaan sebelum sesi dagangan dibuka semula, paras kenaikan harga, paras-paras
     ubah hala (retracements) dan paras-paras jangkaan pengambilan untung (FE 61.8 & FE 100.0) 
    telah ditetapkan (jangkaan).


    Walaubagaimana pun, kesemua yang dinyatakan adalah tidak semestinya tepat 100%. 
   Ianya adalah kebiasaan yang berlaku sebelum ini , dalam keadaan pergerakan harga 
   (turun/naik) yang normal tanpa pengaruh sentimen  ekonomi dunia

















Semoga apa yang diperbincangkan dalam artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu


memberi kefahaman kepada  anda yang baru untuk berjinak-jinak dalam bidang dagangan 


matawang asing (Forex).




                                                    'Kearah Memiliki Kebebasan Masa dan Kewangan'   

1 comment: